Allah lebih sayangkannya

Salam alayk'..
Selepas 2weeks mendiamkan diri dari blog,hari ini baru terniat untuk menulis kembali.Terlalu banyak yang telah sy lalui sepanjang "percutian" ini.Kalau entry terdahulu saya mengucapkan Goodbye pada MJ namun pada entry kali ini saya ingin mengucapkan Goodbye pada insan yang disayangi,hafizah Siti Hajar Mohd Shafie,Semoga arwah dimasukkan dalam golongan yang soleh ameen..

15july2009 tepat jam 10.56am,phone di rumah berdering,family sy dimaklumkan oleh ibu hajar,cik lili tentang pemergiaan hajar buat selamanya..innalillah.Kami agak terkejut kerana semalamnya yaitu tanggal 14july,sy n parents baru saja melawatnya.Dan sy baru saja berbual dan bercakap dengan dia.Namun,kami sekeluarga besar redha dengan pemergiaannya,kerana Allah lebih sayangkannya.

Ini merupakan pemergian kedua dlm keluarga kami (side mak) selepas arwah atok meninggal pada 2jan2008 yang lepas. Dan apa yang berlaku adalah atok dan hajar meninggal pada hari yang sama yaitu pada hari Rabu dan pada masa yang sama bertempat di tempat yang sama,Kg. Pandan! Dan mereka juga dikebumikan pada masa yang sama yaitu selepas azan asar berkumandang,jenazah terus disolatkan dan ditanam di tempat yang sama. Allahuakbar..

Sedey..itu yang boleh saya katakan.Tapi disamping itu sy bersyukur kerana sy ada di M'sia ketika itu kerna cuti. Jadi arwah keduanya sempat saya jumpa dan ada tika kejadian itu.

Sy teringat kata2 seorang tetamu semasa di rumah arwah, "orang yang baik dan soleh ni selalu Allah jemput lagi awal sebab Allah sayangkan dia"..

Siti Hajar memang baik,solehah,aktif dan talkative berbanding siblingsnya yang lain. Beliau merupakan seorang hafizah sejak kecil dan banyak memenangi johan musabaqah Quran peringat negeri dan kebangsaan. Mengambil IRK di UIA usah nak katalah memang bidang beliau,maka kecermelangan dalam akademik sentiasa dikecapi. Sy teringat kembali, semasa sama2 kami di matriks UIA,sy selalu lepak dibiliknya,tgk tv sama2,pinjam meminjam any stuff,balik weekend together,joking and macam2 lagi. Mungkin kerana itu saya terasa akan kehilangannya.

Kisah yang saya coretkan ini hanyalah sebagai luahan hati semata..Namun buat sahabat2 yang sy kasihi, secebis peringatan buat kita bersama...

Sabda Nabi Muhammad saw;
Maksudnya: "Ada tiga perkara yang mengikuti mayat sesudah wafatnya, iaitu keluarganya , hartanya, dan amalnya. Yang dua kembali dan yang satu tinggal bersamanya. Yang pulang kembali adalah keluarga dan hartanya, sedangkan yang tinggal bersamanya adalah amalnya.
(HR.Bukhari Muslim)


Sebagai seorang muslim,kita harus percaya bahawa ajal telah ditentukan oleh Allah dan adanya kehadiran malaikat maut dimana malaikat ini tidak pernah leka akan tugasannya. But tak ramai yang mengaitkan kematian itu dengan hadirnya malaikat maut yang datang tepat pada saat ajal seseorang sudah sampai, sedangkan malaikat maut sentiasa berligar di sekeliling manusia, dimana akan mengenalpasti perhatikan orang-orang yang tempoh hayatnya sudah tamat.

Jika Allah menetapkan kematian insan itu kerana accident atau tika sakit tenat, maka Izrail mencabut roh orang itu ketika kejadian tersebut. Namun ajal tidak kenal orang yang sihat, ataupun orang kaya yang sedang hidup senang lenang , atau yang sedang berparty sana sini,atau yang kita lihat sekarang sehat tapi esok mungkin dia sudah tiada. Malaikat maut datang tepat pada waktunya tanpa mengira orang itu sedang ketawa riang atau mengerang kesakitan. Bila ajal mereka sudah tiba, maka kematiannya tidak akan tertangguh walau sesaat.


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya :

“ Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail : Alangkah hairannya saya melihat orang ini, sedangkan saya diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.”

Semoga kita sentiasa berada dalam golongan yang beringat dan yang disayangiNYA. Tidak terlalu lalai dengan keseronokan dunia yang penuh warna warni ini. Ajal itu telah ditentukan oleh Allah pada setiap hambanya sejak azali lagi. Cuma masa tempohnya yang kita sendiri tak tahu bila.Mungkin giliran kita hari ini,esok,lusa,tahun depan atau 20 tahun lagi...berdoa dan beramallah kita selagi mampu..Wallahu'alam

p/s :Entry ini buat muhasabah diri sy khususnya, dan sahabat2..insyaAllah..
Al-fatihah buat arwah Hj MOHD B. AWANG dan SITI HAJAR MOHD SHAFIE




0 comments: